Sunday, June 19, 2011

Tentang Kehidupan

Berfikir sejenak tentang kehidupan,
Jika ia seperti garis lurus,
Tak akan pernah ada serinya,
Dan jika hari ini aku tak melakukan perubahan,
Maka masa yang akan mengubah aku,
Bukan cerita tentang berputus asa,
Cuma sebuah cerita tentang keputusan hari ini,
Pengakhiran bagi sebuah kehidupan di rantau orang,
Dan perjuangan yang baru bermula di sana,
Apa yang pasti aku mengharap benih itu bercambah,
Dan membesar ibarat pohon rambutan,
Di lempar batu.. Di balas buah,
Kisah sebuah jalan tentang kehidupan,
Seperti "The Road Not Taken" ,
Kerana hari ini aku percaya,
Aku akan nampak,
Kerana sinar itu dijanjikan untuk aku,
Amin.

Pujangga Perang...

Friday, June 10, 2011

Tangan Tangan Ini...

Tangan-tangan ini,
Sudah terlalu banyak mengotori bumi,
Entah dapat atau tidak,
Aku membersih kotoran ini.
Kadang cuba untuk menginsafi diri,
Namun tak terkawal,
Bukan bercerita tentang dosa & pahala,
Tapi tentang kesilapan yang tak akan terulang,.
Kerana hari ini aku bukan diri ku,
Cuma sekasdar berlakon di pentas dunia,
Memainkan watak yang bukan diri.

Tangan-tangan ini,
Tak akan pernah berhenti!
Ku cuba hari demi hari
Menghilang kesan kotoran itu,
Namun terpalit ia kembali,
Entahkan bila berkesudahan.
Dan aku tak akan pernah menunggu lagi,
Cuma ingin membuangnya jauh..
Namun sesekali menoleh
Tak meninggalkan jejak.
Kerana akuu percaya,a
Sinar itu ada untuk aku.

Pujangga Lara ahakz(",)..

Rasa Itu...

Kadang kala ada kisah
Disebalik tembok kegembiraan ini,
Namun tak terlihatkan,
Ibarat awan mendung
Mengaburi matahari,
Walaupun sinarnya kuat
Namun tak terasa panas mengena kulit,
Hari ini ianya bertiup lagi,
Cerita yang bercampur baur,
Perasaan yang tak dapat dikenali,
Umpama hembusan angin yang bertiup
Mendinginkan kulit ini,
Namun tidak diketahui sebesar mana hembusan itu,
Lantas dibiarkan saja
Perasaan itu,
Ibarat berjalan di jalan mati,
Tapi mengharap selekoh dihadapan,
Ini bukan kisah berputus asa,
Cuma sebuah kisah mengenal
Perasaan sendiri,
Dan mengetahui maksud
Rasa itu!

Masa:1015am
Tempat:stor usang
Nukilan:mat skema