Wednesday, January 11, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba




Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amin..

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012!


Happy New Year 2012!
Alhamdulillah akhirnya kita sampai juga d tahun ini. Dan aq bgi aq sndri 2011 tlalu byk kisah duka yg tpaksa aq tempuh sndri.
Dari Tawau ke semenanjung! dan sebenarnya ada juga cerita yg menarik d 2011.. serta amazing people yg mceriakan aq..
walaupun pkenalan singkat tp mereka melakar indah psahabatan. Cinta! mungkin jauh sekali, cuma sekadar ingin bjinak2 saja.. cukuplah dgn apa yg ada.
MUngkin 2012 ini aq perlu explore PELUANG, PERUBAHAN serta PENGALAMAN baru dan yg pasti azam 2011 yg xtercapai Insyallah akan ku capai sblm berakhirnya 2012 in. amin.

Tapi bg org mcm aq, tuk mcapainya myb agak sedikit tbabas.. tp dsebabkan kehadiran org2 HEBAT seperti kamu(FAMILY,RAKAN2,CINTA & SAYANGKU), mbimbing aq..
pasti mjadi muda :) Neway Selamat Tahun Baru 2012 semoga azam kita di tahun ini dan perjalanan hidup kita di tahun ini berjalan lancar dan tercapai. amin.

Terima Kasih kerana menemani aku sepanjang 2011<3

Ikhlas : illham pohan husnidar pohan(",)


Tempat yang aku lawati tahun 2011:-
Tawau
Kota Kinabalu
Kuching
Johor Bharu
Kuantan
Terengganu
Kota Bharu
Ipoh
Kuala Lumpur