Saturday, November 23, 2013

Resepi Keluarga Sos Lada Hitam

Bahan-bahan

Bawang merah 6 biji
Bawang putih 6 biji
Lada hitam - untuk ditumbuk @ di "blender" 
(Jangan beli yang instant..nnt dh jd sos segera. Tak payah resipi2 dh) 
Sos cili 3 sudu 
Tepung Gandum 2 cawan (nak memekatkan kuah) 
Gula pasir @ gula merah lg sedap ikut suka mau pedas letakla secawan (kalau adala d rumah tu) 
Garam 
Serbuk perasa (guna secukup rasa cap Tumix @ Maggi)

Cara penyediaan 
1. Tumis bawang merah + putih bersama (blender jak bawang ni) d kuali
2. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk@dikisar. Kacau api sederhana selama 3 minit. 
3. Masukkan sos cili dalam 2 @ 3 sudu. Kacau lagi sampai pekat sikit) 
4. Tuangkan air (ikut suka mau banyak ka sikit) dalam 3 cawan lah. Biarkan mendidih. 
5. Masukkan gula & garam secukup rasa. Boleh masukkan serbuk perasa kalau suka. 
6. Bancuh tepung gandum dengan air (suhu bilik) & tuang ke dalam periuk tadi. 
7. Kena kacau ya jangan pulak ditinggalkan sebabnya kuah dah pekat ni.

Siap dihidang dengan apa-apa pun yang anda suka. Boleh rebus daging yang dihiris nipis & cicah.Perghh...menjilat jari! Dah siap nnti klu mau share dgn sy pun ok..

Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari Ibu(",) 2013





Salam & Selamat hari Ibu buat Ibu yang tercinta Erna Rony Rambey(",)..
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih yang tak terhingga kepada Ibu tercinta, kerana tabah dan cekal membesarkan anak2 mu. Segala jaga dan pengorbanan Ibu tidak mungkin dapat kami balas. Terima kasih Ibu kerana menjadi Ibu serta sahabat kepada kami. Terima kasih ibu kerana tak pernah lelah melayani karenah anak2 mu ini, serta sentiasa menjadi pendengar yang setia kepada kami semua. Terima kasih Ibu kerana kerana Ibu menerima kami seadanya. Doa ini khas untuk mu Ibu...

"Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro"

(Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil)

Amin.


p/s: Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu di Seluruh Dunia. Kami sayang Ibu ♥

Saturday, March 2, 2013

5 Anggota polis terbunuh di Semporna, 2 penjenayah ditembak mati: KPN

Terkini menerusi Brita Harian Online

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna dan dua penjenayah ditembak mati ketika serbuan malam tadi.

Sementara itu, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5anggotapolisterbunuhdiSemporna_2penjenayahditembakmati_KPN/Article/
 

Keselamatan akan dipertingkatkan


Keselamatan akan dipertingkatkan..Iringi doa untuk pasukan keselamatan kita di sana 



SEMPORNA: DUA ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN DI SERANG HENDAP

SEMPORNA: DUA ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN DI SERANG HENDAP

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.

Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

Kumpulan Bersenjata Enggan Berundur, Harap Penyelesaian Aman – Jurucakap Sultan Sulu

Ahad Mac 3, 2013
Kumpulan Bersenjata Enggan Berundur, Harap Penyelesaian Aman – Jurucakap Sultan Sulu
Oleh TASHNY SUKUMARAN

PETALING JAYA: Kumpulan bersenjata yang mendakwa tentera diraja Sultan Sulu masih enggan berundur dari tempat persembunyian mereka sambil berharap ada jalan penyelesaian aman dalam insiden pencerobohan, kata jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pada Sabtu.

Idjirani, yang juga Ketua Setiausaha Kesultanan Sulu berkata, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, masih mahu berbincang mengenai isu pemilikan ke atas Sabah.

"Kami masih mahu duduk berbincang dan menyelesaikan isu ini, beliau juga berharap pintu rindungan masih dibuka.

"Isteri, Raja Muda Azzimudie Kiram juga memaklumkan baginda berada dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya melalui perbualan telefon bersama The Star dari Manila.

Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata seramai 200 orang yang bersembunyi di Tanduo.

Idjirani berkata beliau bagaimanapun masih belum dapat menghubungi Azzimudie sejak Jumaat, sekaligus mengesahkan kepada The Star bahawa banyak panggilan telefon terhadap Raja Muda mengesahkan apa perkara yang tidak kena.

"Memang jelas beliau dan pengikutnya sangat terkejut, berlaku serangan daripada pihak berkuasa Malaysia," yang menegaskan pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan terlebih dahulu.

Beliau turut menolak dakwaan kumpulan bersenjata mereka telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah diri untuk memerangkap anggota polis komando dalam insiden tembakan berkenaan.

"Sangat jelas Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) telah memberi mandat dan tanggungjawab kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia, yang kemudiannya memulakan serangan ini," katanya.

Idjirani turut memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai perbincangan di antara Najib dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

"Kami tidak dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.

sumber - http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F3%2F3%2Fmstar_berita%2F20130302203529&sec=mstar_berita

LAHAD DATU: RISALAH AMARAN SERAH DIRI KE-2 DIEDAR

LAHAD DATU: RISALAH AMARAN SERAH DIRI KE-2 DIEDAR

Lahad Datu, 2 Mac - Polis sekali lagi menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata risalah amaran kali kedua itu yang lebih ringkas dan keras serta ditulis dalam bahasa Inggeris dan Suluk, digugurkan menerusi helikopter hari ini.

"Pada risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, 'Warning. Lay down your arms. Surrender. Surrender. Surrender.' (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri)," katanya pada sidang media untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di kampung itu.

Kali pertama polis menggugurkan risalah amaran kepada pasukan penceroboh terbabit ialah pada Rabu lepas.

Hamza juga berkata polis mula bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia hari ini.

Mengenai mayat penceroboh yang ditinggalkan di tempat insiden tembak-menembak semalam, beliau berkata usaha mengeluarkan mayat berkenaan merupakan tugas polis, tetapi satu cara taktikal diperlukan untuk berbuat demikian.

HEBAHAN PERINTAH BERKURUNG TIDAK BENAR

Hamza turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai jumlah anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera, selain menegaskan tidak ada perintah berkurung dikeluarkan.

"Saya terpaksa menjelaskan ini (perintah berkurung) kerana masih ramai menghebahkannya dalam laman sosial dan blog.

"Perintah berkurung dikeluarkan oleh saya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan saya tidak ada mengeluarkan apa-apa perintah berkurung berikutan insiden semalam," katanya. - BERNAMA

KPN sahkan tembak-menembak di Semporna berkait pencerobohan di Lahad Datu

KPN sahkan tembak-menembak di Semporna berkait pencerobohan di Lahad Datu

KUALA LUMPUR 2 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ.

"Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

"Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya.

Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.

Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.

Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan.

Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab.

BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_02/KPN-sahkan-tembak-menembak-di-Semporna-berkait-pencerobohan-di-Lahad-Datu#ixzz2MPbby18J 
© Utusan Melayu (M) Bhd

PENANGGUHAN LAWATAN KE PULAU-PULAU SELURUH SABAH

Arahan penagguhan untuk lawatan ke pulau-pulau di seluruh Sabah telahpun dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara


TERBARU : Seorang Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran Di Semporna

Seorang Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran Di Semporna


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu Sabtu malam.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.

-- BERNAMA




Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

17 minutes ago

LAHAD DATU - KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA

LAHAD DATU - KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA


YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.

Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.

Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa

Sumber FB PDRM :http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?ref=ts&fref=ts




Updated: Sabtu Mac 2, 2013 MYT 10:39:26 PM
Dua Anggota Polis Ditembak Kumpulan Bersenjata di Pulau Simunul - KP Sabah
Insiden Tembakan Tiada Kena Mengena Pencerobohan Lahad Datu

LAHAD DATU: Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam insiden tembakan yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Pulau Simunul pada pukul 7 petang Sabtu.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau berkenaan untuk mencari beberapa individu ekoran laporan yang kumpulan berkenaan memiliki senjata api.

“Anggota polis memasuki kampung itu dan sedang berjalan di atas papan titi gantung apabila mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera.

"Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," katanya," kata Hamzah.

Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan.

Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.

sumber: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F3%2F2%2Fmstar_berita%2F20130302222919&sec=mstar_berita

Tuesday, February 12, 2013

Retak Menunggu Belah - Part II

"u tak tagged saya, u tak add saya. U tak guna saya.  im so sad, ab0ut ur br0thr.. Im so jeal0us u tagged abnan. Huhu."



tgk.. ada je drama nya.. small matter pon jd TONGKANG PECAH.. nak break lh, apa lh, itu lh, ini lh.. adoi!!! "Abnan" kwn lelaki aq pon dia cemburu.. erm???

Mungkin nampak sgt aq kejam kot, bab x tagged my kapel about sumthin' that ive posted on FB.. actly benda tu ada lh post nk minta FAMILY & FRIENDS punya doa, tuk my lil bro yg masuk hospital. Mmg nk "TAG" dia kat post tu... tp dia yg slalu wat prangai.. benda kecil je nk gaduh, bila gaduh nk putus, bla gaduh je FB aq dia UNFRIEND/BLOCK.. pastu baik smula, dia minta ADD.. pastu gaduh blk.. dia UNFRIEND/BLOCK.. buat aq fade up, pastu aq x ADD dh dia.. so bila masa dh bebaik, bila masa dh tyme nk TAG2 or.. tetiba nama dia xdpt nk tag.. FIKIR punya FIKIR rupanya dia dh UNFRIEND aq Lol

adoi!!! perangai xmatang langsung.. tu arr crita nya.. so mlm ni aq xblk uma, nak tdo uma Nazri arr ;)
tggu part seterusnya ya :P


01:58 AM
Publish

Saturday, February 9, 2013

Retak Menunggu Belah - Part 1

Hari ni baru rasa nk tulis blog smula, setelah tgk crita "Istanbul aku Datang" lakonan Lisa Surihani Dan Tomok.




Erm.. Actly, aq nk crita pasal my latest relation.. it was started last month on 14th January till now.
I tot its gonna be OKAY after awhile being single..dgn dia byk sgt masalah, aq dh cuba byk cara sehingga lh.. SENYAP dan AIR MATA adalah cara tebaik untuk aq Lol

aq dh ckp hubungan ni xkan kekal.. tp tuk pengetahuan korang ada beberapa perkara yg aq xsuka dln hbgn ni.. aq rasa tsiksa.. tp tu nnt aq crita..

Papun mlm ni dia tggl aq sorg d rumah, then dia g kluar dinner..
erm tgk je lh pas dia blk ni mesti ada mslh.. slalu je mcm ni.. tggu je post aq esok.. nitez

11:48 PM
Publish.