Saturday, March 2, 2013

5 Anggota polis terbunuh di Semporna, 2 penjenayah ditembak mati: KPN

Terkini menerusi Brita Harian Online

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna dan dua penjenayah ditembak mati ketika serbuan malam tadi.

Sementara itu, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5anggotapolisterbunuhdiSemporna_2penjenayahditembakmati_KPN/Article/
 

Keselamatan akan dipertingkatkan


Keselamatan akan dipertingkatkan..Iringi doa untuk pasukan keselamatan kita di sana 



SEMPORNA: DUA ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN DI SERANG HENDAP

SEMPORNA: DUA ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN DI SERANG HENDAP

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.

Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

Kumpulan Bersenjata Enggan Berundur, Harap Penyelesaian Aman – Jurucakap Sultan Sulu

Ahad Mac 3, 2013
Kumpulan Bersenjata Enggan Berundur, Harap Penyelesaian Aman – Jurucakap Sultan Sulu
Oleh TASHNY SUKUMARAN

PETALING JAYA: Kumpulan bersenjata yang mendakwa tentera diraja Sultan Sulu masih enggan berundur dari tempat persembunyian mereka sambil berharap ada jalan penyelesaian aman dalam insiden pencerobohan, kata jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pada Sabtu.

Idjirani, yang juga Ketua Setiausaha Kesultanan Sulu berkata, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, masih mahu berbincang mengenai isu pemilikan ke atas Sabah.

"Kami masih mahu duduk berbincang dan menyelesaikan isu ini, beliau juga berharap pintu rindungan masih dibuka.

"Isteri, Raja Muda Azzimudie Kiram juga memaklumkan baginda berada dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya melalui perbualan telefon bersama The Star dari Manila.

Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata seramai 200 orang yang bersembunyi di Tanduo.

Idjirani berkata beliau bagaimanapun masih belum dapat menghubungi Azzimudie sejak Jumaat, sekaligus mengesahkan kepada The Star bahawa banyak panggilan telefon terhadap Raja Muda mengesahkan apa perkara yang tidak kena.

"Memang jelas beliau dan pengikutnya sangat terkejut, berlaku serangan daripada pihak berkuasa Malaysia," yang menegaskan pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan terlebih dahulu.

Beliau turut menolak dakwaan kumpulan bersenjata mereka telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah diri untuk memerangkap anggota polis komando dalam insiden tembakan berkenaan.

"Sangat jelas Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) telah memberi mandat dan tanggungjawab kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia, yang kemudiannya memulakan serangan ini," katanya.

Idjirani turut memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai perbincangan di antara Najib dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

"Kami tidak dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.

sumber - http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F3%2F3%2Fmstar_berita%2F20130302203529&sec=mstar_berita

LAHAD DATU: RISALAH AMARAN SERAH DIRI KE-2 DIEDAR

LAHAD DATU: RISALAH AMARAN SERAH DIRI KE-2 DIEDAR

Lahad Datu, 2 Mac - Polis sekali lagi menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata risalah amaran kali kedua itu yang lebih ringkas dan keras serta ditulis dalam bahasa Inggeris dan Suluk, digugurkan menerusi helikopter hari ini.

"Pada risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, 'Warning. Lay down your arms. Surrender. Surrender. Surrender.' (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri)," katanya pada sidang media untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di kampung itu.

Kali pertama polis menggugurkan risalah amaran kepada pasukan penceroboh terbabit ialah pada Rabu lepas.

Hamza juga berkata polis mula bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia hari ini.

Mengenai mayat penceroboh yang ditinggalkan di tempat insiden tembak-menembak semalam, beliau berkata usaha mengeluarkan mayat berkenaan merupakan tugas polis, tetapi satu cara taktikal diperlukan untuk berbuat demikian.

HEBAHAN PERINTAH BERKURUNG TIDAK BENAR

Hamza turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai jumlah anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera, selain menegaskan tidak ada perintah berkurung dikeluarkan.

"Saya terpaksa menjelaskan ini (perintah berkurung) kerana masih ramai menghebahkannya dalam laman sosial dan blog.

"Perintah berkurung dikeluarkan oleh saya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan saya tidak ada mengeluarkan apa-apa perintah berkurung berikutan insiden semalam," katanya. - BERNAMA

KPN sahkan tembak-menembak di Semporna berkait pencerobohan di Lahad Datu

KPN sahkan tembak-menembak di Semporna berkait pencerobohan di Lahad Datu

KUALA LUMPUR 2 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ.

"Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

"Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya.

Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.

Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.

Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan.

Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab.

BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_02/KPN-sahkan-tembak-menembak-di-Semporna-berkait-pencerobohan-di-Lahad-Datu#ixzz2MPbby18J 
© Utusan Melayu (M) Bhd

PENANGGUHAN LAWATAN KE PULAU-PULAU SELURUH SABAH

Arahan penagguhan untuk lawatan ke pulau-pulau di seluruh Sabah telahpun dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara


TERBARU : Seorang Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran Di Semporna

Seorang Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran Di Semporna


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu Sabtu malam.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.

-- BERNAMA




Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

17 minutes ago

LAHAD DATU - KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA

LAHAD DATU - KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA


YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.

Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.

Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa

Sumber FB PDRM :http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?ref=ts&fref=ts




Updated: Sabtu Mac 2, 2013 MYT 10:39:26 PM
Dua Anggota Polis Ditembak Kumpulan Bersenjata di Pulau Simunul - KP Sabah
Insiden Tembakan Tiada Kena Mengena Pencerobohan Lahad Datu

LAHAD DATU: Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam insiden tembakan yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Pulau Simunul pada pukul 7 petang Sabtu.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau berkenaan untuk mencari beberapa individu ekoran laporan yang kumpulan berkenaan memiliki senjata api.

“Anggota polis memasuki kampung itu dan sedang berjalan di atas papan titi gantung apabila mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera.

"Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," katanya," kata Hamzah.

Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan.

Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.

sumber: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F3%2F2%2Fmstar_berita%2F20130302222919&sec=mstar_berita