Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari Ibu(",) 2013





Salam & Selamat hari Ibu buat Ibu yang tercinta Erna Rony Rambey(",)..
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih yang tak terhingga kepada Ibu tercinta, kerana tabah dan cekal membesarkan anak2 mu. Segala jaga dan pengorbanan Ibu tidak mungkin dapat kami balas. Terima kasih Ibu kerana menjadi Ibu serta sahabat kepada kami. Terima kasih ibu kerana tak pernah lelah melayani karenah anak2 mu ini, serta sentiasa menjadi pendengar yang setia kepada kami semua. Terima kasih Ibu kerana kerana Ibu menerima kami seadanya. Doa ini khas untuk mu Ibu...

"Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro"

(Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil)

Amin.


p/s: Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu di Seluruh Dunia. Kami sayang Ibu ♥