Tuesday, March 13, 2012

DITAMPAR PAPA KERANA INGIN BERTUDUNG..







Ceritanya bgini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan?

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung.

Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...." Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng!

Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!". Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk! KWANG3X..

Credit to : norhanieza.echang

Senarai 50 Universiti Terbaik Di Malaysia 2012

Senarai universiti terbaik di Malaysia untuk tahun 2012 telah dikeluarkan untuk menjadi rujukan kepada adik-adik yang baru habis SPM. (On going)

Gambar hiasan – 
Tamat belajar universiti amat sinonim dengan lambungan topi graduasi  
Senarai 50 Universiti Terbaik Di Malaysia 2012 | Universiti ialah sejenis institusi pendidikan tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan universiti dipinjam daripada bahasa Inggeris (University) yang turut dipetik daripada frasa bahasa Latin,universitas magistrorum et scholarium yang bermaksud “masyarakat pakar dan pengkaji”. Di Malaysia, terdapat banyak universiti yang hebat.






Sebelum meneruskan kepada universiti terbaik Malaysia 2012, eloklah jika kita mengimbau terlebih dahulu ranking 65 universiti terbaik Malaysia 2011 (LINK). Kalau kita bandingkan, rank dunia universiti tempatan 2012 lebih baik berbanding pada tahun 2011. Berikut merupakan senarai Top 50 Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2012. Tahniah UPM! (Nota: Pelajar UPM jangan gembira sangat kerana tahun 2012 masih belum berakhir, beerti ranking ini boleh berubah bila-bila masa tau)
  1. Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428) 
  2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437) 
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464) 
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523) 
  5. Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596) 
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626) 
  7. Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891) 
  8. Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222) 
  9. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341) 
  10. International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411) 
  11. Universiti Teknologi Petronas (UTP) 
  12. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 
  13. Universiti Utara Malaysia (UUM) 
  14. Universiti Tunku Abdul Rahman 
  15. Universiti Malaysia Terengganu 
  16. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 
  17. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 
  18. Universiti Sains Islam Malaysia 
  19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
  20. Universiti Pendidikan Sultan Idris 
  21. Open University Malaysia 
  22. Universiti Teknikal Malaysia Melaka 
  23. International Medical University 
  24. Taylor’s University College 
  25. Tunku Abdul Rahman College 
  26. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 
  27. University of Nottingam Malaysia 
  28. UCSI University 
  29. Monash University Malaysia 
  30. Malaysia Theological Seminary 
  31. Universiti Kuala Lumpur 
  32. Curtin University of Technology Sarawak Campus 
  33. Universiti Industri Selangor 
  34. Selangor International Islamic University College 
  35. Al Madinah International University 
  36. Wawasan Open University 
  37. University Tun Abdul Razak 
  38. KDU College 
  39. Universiti Malaysia Kelantan 
  40. Asia Pasific Institute of Information Technology 
  41. Help University College 
  42. Sunway University College 
  43. INSANIAH University College 
  44. Universiti Sultan Zainal Abidin 
  45. Segi College 
  46. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine 
  47. Majlis Peperiksaan Malaysia 
  48. Malaysian Institute of Management 
  49. Limkokwing University of Creative Technology 
  50. Disted-Stamford College

Nota tambahan: Senarai ranking itu dibuat berdasarkan Size, Visibility, Research papers and scholars.

    P/S: Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke negara China. Proses pembelajaran terhenti hanya apabila kita melangkah ke alam kubur kelak. Ilmu amat penting untuk kita berjaya di dunia dan di akhirat. Adakah ilmu yang selama ini kita pelajari bermanfaat di dunia akhirat kelak? Jom kita muhasabah diri kita, semoga kita mendapat jawapannya. Wallahualam.

    Sumber : MelayuKini.Net

    Cerita Ku & LRT!!!

    Salam,
    Maybe next  entri saya ni akan buat kamu ketawa atau tersengih2.. sebab saya rasa bukan saya je yg mcm kebuduhan 1st tyme guna LRT ni :P 
    adoi!!! kamu pon mungkin pernah lalui benda yg sama atau ntah lah.. hahaha.. budak kampung mcm saya lah yg sentiasa ketinggalan dgn kemodenan.. erm saya rasa tak juga lama saya tinggalkan KL ni then dah byk perubahan..
    sebenarnya saya nak cerita pasal LRT atau yg seangkatan dgn nya.. saya mmg paling tak suka naik benda ni.. bukan sebab apa.. ada kisah2 di sebalik smua ni.. :)


    Pertama kali naik benda2 mcm ni beberapa tahun lepas.. LRT ni lah yg menyelamatkan saya.. walau pun mmg sudah TERLEWAT!!! hehehe 
    Kisah nya mcm ni.. saya ni kaki shopping cket :)... tyme tu bulan puasa OTW nk blk Tawau.. the day saya p shopping is the flight saya juga.. konon lah saya ni dah manage masa.. tyme tu shopping bkn jauh sgt area Bkt. Bintang ni je.
    Abis shopping saya ingat nak balik(nasib baik ingat nak Balik hehehe) then saya call abang saya, minta ambil kat Bukit Biintang & hantar terus p LCCT.. tyme tu jam 4.30 pm flight saya 6.25 pm.. abang saya kata jln sesak so dia suh saya naik BENDA tu  'LRT' hahaha.. terkejut BERUK saya dengar hahaha.. 1st tyme!!! saya tak tahu mcm mn, then my brother  ajar dari perbualan telefon.. saya pun pergi lah, dari apa yg saya ingat. 
    1-pergi kaunter beli tiket from Bukit bintang to Hang Tuah..
    2-sampai Stesen Hang Tuah, turun bawah tukar Stesen.
    3.pergi kaunter beli tiket lagi dari Hang Tuah to Bukit Jalil.

    **nampak mudah kan? erm :)

    Tyme tu TOKEN mcm di bawah ni tak ada lagi, seingat saya cuma guna tiket.. probs aq bmula dgn no.3 tu.. oleh krn takut salah.. aq tgk org hehehe(even tiket tu pon aq xtaw mcmmn nk masuk kan hahaha).. tp kesilapan yg wat aq lambat sampai adalah 'MALU BERTANYA' sehingga menyebabkan 3x train tu lalu aq x naik hahaha.

    Then aq push diri tuk btanya budak2 yg ada d situ.. nasib budak tu sehala dgn aq..dia kata kalo salah naik td mesti abg xsampaibukit jalil.. mayb abg dah kat ampang.. ouh Thanked God.
    Walau mcmmn pon aq tetinggalflight gak. Then tpaksa beli tiket baru yg MAHAL, bab smua tiket murah xda.. almaklumla AIR ASIA.tiket kira burn!



    Token ni plak wat saya sangsi.. is it satu token boleh ke mana2.. itu dlm fikiran saya lah.. PADAH! bab x Google dlu sebelum naik..
    Then 2nd tyme saya naik balik LRT ni, setelah sekian lama.. 2012. Guna TOKEN bukan tiket. Saya sedikit bingung tyme dia bg saya benda ni 'TOKEN" dan cuba untuk memahami dan belajar dgn cepat melalui "TENGOK ORG BUAT APA DGN TOKEN TU"... ouh sentuh je. saya pon buat hehehe..

    Sekali lagi dlm LRT tu saya bingung..is it Token ni saya boleh simpan & guna untuk pergi ke mana2 je.. jimat sungguh! Fikir saya patutlah ramai org guna PUBLIC TRANSPORT ni. Rupanya sangkaan saya meleset. Token tu kena masuk 'TABUNG' bru boleh keluar hahahaha (itupun hasil dri pemerhatian saya :p) 

    **MESIN TOKEN ADA MCM KAT BAWAH NI**


    Dan peristiwa yang takdapat saya lupakan adalah tyme perjalanan balik dari Bangsar ke Bukit Jalil. Biasa nya saya beli Token kat mesin tu direct dari satu tempat ke satu tempat,so tak perlu nak beratur di next stesen tuk beli Token lagi. Tapi hari tu terlupa :( saya beli Token dari Bangsar Ke Masjid Jamek je, padahal destinasi akhir adalah Bukit Jalil. 

    Then masa nak masuk token kat mesin Bukit Jalil, mesin tu tolak. so saya tak nak keluar. a few times gak lah cuba, tp gagal. Then, i saw sumthin' di screen mesin tu 
    "Nilai Token Tidak Mencukupi, sila tambah nilai token anda"
     yg lebih kurang mcm tu lah hehhe.. then salah satu kakak yang jaga di situ, yg pakaian BIRU macam pak guard tu meluru ke arah saya
    . "Ouh, adik tak boleh lalu! tadi dari mana?  ".. 
    "Dari bangsar kak"** dgn muka yang TEBAL :p saya jawab. 
    "ouh patut lah.., ni adik kena tambah duit dekat kaunter sana"
    Then semua org tgk! MALU tak terkata.. mesti dorg fikir saya ni tak cukup duit or entah apa lagi benda negatif yang dorg fikirkan.. Nasib baik gak tak da org kenal.. Sebab saya di tempat org :)

    Dan di sebabkan saya terlalu kerap menggunakan pekhidmatan ini.. Saya kena ulang alik tuk pergi kaunter beli TOKEN. 
    Sehingga satu hari..
    Waktu yg sgt sesak.. semua org berbaris panjang tuk beli TOKEN ni, penat saya tgk barisan yg panjang dan sesak tu.. Then saya terdengar beberapa org budak JERIT.. MYRAPID CARD tuk perjalanan mudah.. 1st saya was2 gak.. napa ramai org x endah kan.. then saya cuba perhatikan.. Bukan apa, sebab takut tertipu.. Mcm2 kes keluar kat TV pasal KL ni hahaha.. Apabila saya perhatikan beberapaorg telah membeli kad tu dgn harga rm10 tanpa berbaris.. cuma TOUCH & GO je..mudah..
    saya pun  turut beli & beredar dengan tak perlu berbaris beli Token tu .. Alhamdulillah, ia nya memudahkan pejalanan saya.. beli dgn harga RM10 isi kat dalam rm8.. dan boleh TOPUP.. kad ni boleh d gunakan tuk BAS , LRT & MONOREL.

    **KAD MY RAPID SEPERTI DI BAWAH.

    Baru lah saya sedar betapa maju nya Malaysia.. Betapa cepatnya teknologi. semua mudah dan cepat. Orang kampung mcm saya juga lah yg selalu ketinggalan :)

    p/s: apa pun lain kali bila tourist atau sesiapa saja yang bertanya sekurang2nya saya dah boleh jawab dan membantu. Betul kata orang..

    "Pengalaman mendewasakan"

    untuk maklumat lanjut berkenaan kad tersebut atau LRT korang boleh masuk Laman sesawang di bwh ni..


    Friday, March 9, 2012

    KENALI POTENSI ANAK-ANAK DAN ORANG SEKELILING


    Kiraan ini biasanya tepat.
    90% manusia susah nak ubah apa yang ada dalam kiraan ini kecuali kalau mereka betul-betul berusaha.
    Gunakan kiraan ini untuk kenali anak-anak anda.
    Wallahua'lam.

    TARIKH LAHIR kita menerangkan
    1. siapa kita,
    2. apakah kelebihan kita dan
    3. apakah kebolehan kita.

    Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
    Untuk mengetahui NOMBOR LAHIR kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

    Contoh 1 :
    ————–
    12 April 1974

    12 + 4 + 1974 = 1990

    1 + 9 + 9 + 0 = 19

    1 + 9 = 10

    1 + 0 = 1

    (Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 1 – KETULENAN)

    Contoh 2:
    -------------
    30 Oktober 1964

    30 + 10 + 1964 = 2004

    2 + 0 + 0 + 4 = 6

    Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 6 (ROMANTIK)

    Maksud NOMBOR LAHIR adalah seperti berikut:


    1 ---> KETULENAN
    - Hadir dengan idea baru.
    - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
    - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
    – Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
    – Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
    - Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
    - Berfikirlah secara terbuka.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
    Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Raquel Welch

    2 ---> PENDAMAI
    - Dilahirkan sebagai diplomat.
    – Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
    – Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
    – Mereka tidak suka bersendirian.
    -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
    tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
    - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
    Bill Clinton, Madonna, Whoopi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

    3 ---> CERIA
    - Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
    – Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
    -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
    – Mereka sangat popular dan idealistik.
    - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
    Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

    4 ----> KONSERVATIF
    - Golongan ini sangat peka dan tradisional.
    – Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
    – Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
    – Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
    – Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
    – Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
    - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
    Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

    5 ---> PERINTIS
    -Mereka adalah perintis.
    – Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
    – Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
    – Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
    – Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
    - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
    Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Keller dan Mark Hamil.

    6 ---> ROMANTIK
    -Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
    – Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
    – Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
    – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
    – Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
    – Mereka suka seni musik.
    – Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
    - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
    Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver, Meryl Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

    7 ---> INTELEKTUAL

    - Golongan ini adalah Pencari
    -Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
    – Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
    – Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
    – Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
    – Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
    – Mereka sangat suka berahsia.
    - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
    William Shakespeare, Lucille Ball, Michael Jackson, Joan Baez, Princess Diana

    8 ---> PENYELESAIAN
    -Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
    – Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
    – Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
    – Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
    – Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
    - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
    Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

    9 ---> PELAKON
    -Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
    – Mereka sangat penyayang dan pemurah.
    – Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
    – Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
    – Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
    – Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
    - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
    Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

    WaLLaHu A'LaM

    Credit to : Ustaz Nasir

    Saturday, February 4, 2012

    03rd Feb 198x Your Birthdate!



    ‎|Dear my Ex,

    Its a nice feeling when you know that someone likes you, someone thinks about you, someone needs you; but it feels much better when you know that someone never ever forgets your birthday. "HAPPY BIRTHDAY". May this birthday be just the beginning of a year filled with happy memories, wonderful moments and shinning dreams. Amin(",)

    Luv ham♥


    This songs for you.. i hope you still remember the lyrics..



    We were as one babe
    For a moment in time
    And it seemed everlasting
    That you would always be mine

    Now you want to be free
    So I'm letting you fly
    Cause I know in my heart babe
    Our love will never die
    No!

    You'll always be a part of me
    I'm a part of you indefinitely
    Girl don't you know you can't escape me
    Ooh darling cause you'll always be my baby
    And we'll linger on
    Time can't erase a feeling this strong
    No way you're never gonna shake me
    Ooh darling cause you'll always be my baby

    I ain't gonna cry no
    And I won't beg you to stay
    If you're determined to leave girl
    I will not stand in your way
    But inevitably you'll be back again
    Cause ya know in your heart babe
    Our love will never end no


    You'll always be a part of me
    I'm part of you indefinitely
    Girl don't you know you can't escape me
    Ooh darling cause you'll always be my baby
    And we'll linger on
    Time can't erase a feeling this strong
    No way you're never gonna shake me
    Ooh darling cause you'll always be my baby

    I know that you'll be back girl
    When your days and your nights get a little bit colder oooohhh
    I know that, you'll be right back, babe
    Ooooh! baby believe me it's only a matter of time

    You'll always be a part of me
    I'm part of you indefinitely
    Girl don't you know you can't escape me
    Ooh darling cause you'll always be my baby
    And we'll linger on
    Time can't erase a feeling this strong
    No way you're never gonna shake me
    Ooh darling cause you'll always be my my baby....

    You'll always be a part of me (you will always be)
    I'm part of you indefinitely
    Girl don't you know you can't escape me
    Ooh darling cause you'll always be my baby
    And we'll linger on (we will linger on....)
    Time can't erase a feeling this strong
    No way you're never gonna shake me
    Ooh darling cause you'll always be my baby

    Always be my baby

    Always be my baby by David Cook(",)..

    Wednesday, January 11, 2012

    Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba




    Ya Allah,
    Andai masanya belum tiba,
    Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
    Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
    Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
    Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
    Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
    Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
    Agar aku dapat menjaga diri.

    Ya Allah,
    Jika aku jatuh cinta,
    Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
    Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
    Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
    Maka hilanglah cintaku padanya,
    Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

    Ya Allah,
    Dan jika dia mencintai aku,
    Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
    Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
    Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
    Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


    Ya Allah,
    Jika ini bukan masanya,
    Jika ini belum saatnya,
    Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
    Selamatkan kami,
    Jarakkan kami,
    Pisahkan kami,
    Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
    Agar kami tak mengundang murka-MU,
    Agar kami dapat lebih menjaga hati,
    Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
    Ya Allah,
    Andai dia bukan untuk ku,
    Andai dia bukan jodohku,
    Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
    Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
    Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
    Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
    Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
    Amin..

    Sunday, January 1, 2012

    Happy New Year 2012!


    Happy New Year 2012!
    Alhamdulillah akhirnya kita sampai juga d tahun ini. Dan aq bgi aq sndri 2011 tlalu byk kisah duka yg tpaksa aq tempuh sndri.
    Dari Tawau ke semenanjung! dan sebenarnya ada juga cerita yg menarik d 2011.. serta amazing people yg mceriakan aq..
    walaupun pkenalan singkat tp mereka melakar indah psahabatan. Cinta! mungkin jauh sekali, cuma sekadar ingin bjinak2 saja.. cukuplah dgn apa yg ada.
    MUngkin 2012 ini aq perlu explore PELUANG, PERUBAHAN serta PENGALAMAN baru dan yg pasti azam 2011 yg xtercapai Insyallah akan ku capai sblm berakhirnya 2012 in. amin.

    Tapi bg org mcm aq, tuk mcapainya myb agak sedikit tbabas.. tp dsebabkan kehadiran org2 HEBAT seperti kamu(FAMILY,RAKAN2,CINTA & SAYANGKU), mbimbing aq..
    pasti mjadi muda :) Neway Selamat Tahun Baru 2012 semoga azam kita di tahun ini dan perjalanan hidup kita di tahun ini berjalan lancar dan tercapai. amin.

    Terima Kasih kerana menemani aku sepanjang 2011<3

    Ikhlas : illham pohan husnidar pohan(",)


    Tempat yang aku lawati tahun 2011:-
    Tawau
    Kota Kinabalu
    Kuching
    Johor Bharu
    Kuantan
    Terengganu
    Kota Bharu
    Ipoh
    Kuala Lumpur