Friday, June 10, 2011

Tangan Tangan Ini...

Tangan-tangan ini,
Sudah terlalu banyak mengotori bumi,
Entah dapat atau tidak,
Aku membersih kotoran ini.
Kadang cuba untuk menginsafi diri,
Namun tak terkawal,
Bukan bercerita tentang dosa & pahala,
Tapi tentang kesilapan yang tak akan terulang,.
Kerana hari ini aku bukan diri ku,
Cuma sekasdar berlakon di pentas dunia,
Memainkan watak yang bukan diri.

Tangan-tangan ini,
Tak akan pernah berhenti!
Ku cuba hari demi hari
Menghilang kesan kotoran itu,
Namun terpalit ia kembali,
Entahkan bila berkesudahan.
Dan aku tak akan pernah menunggu lagi,
Cuma ingin membuangnya jauh..
Namun sesekali menoleh
Tak meninggalkan jejak.
Kerana akuu percaya,a
Sinar itu ada untuk aku.

Pujangga Lara ahakz(",)..

No comments:

Post a Comment