Saturday, September 8, 2012

Biskut Coklat Chip Famous Amos

Ni lah hasil nya.. malam raya tadi buat.. so nak share ckit cara buatnya...





Bahan Di ayak :-

2 1/4 cawan tepun gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung
secubit garam (tak ayak pon boleh heehe)

Bahan-bahan lain :-

250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor( atau gula di kisar halus)
1/2sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip (boleh tambah, mengikut cita rasa sendiri)
100 gm sebarang kekacang ( ikut selera masing2)
50 gm kismis hitam (ikut cita rasadan di belah dua)

Cara membuatnya :-

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kemudian kacau hingga sebati dengan sudu atau tangan.
4. Masukkan coklat chip, cincangan kasar kacang dan kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang telah di sapu mentega atau di alas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga di uli menjadi bebola-bebola kecil dengan mengunakan tangan. susun di atas dulang pembakar.
7.PERHATIAN: Jarakkan adunan ini anggaran 1inci sebabbila proses pembakaran adunan akan mengembang dan meleper.
8. Bakar pada suhu 160C selamat 15-25 minit. Bergantung kepada size bebola adunan anda. Bakar mengunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan biskut dalam tray selama 5minit dan kemudian boleh lah di simpan dalm bekas kedap udara dan siap untuk di 'NGAP' hehehe


SELAMAT MENCUBA.Sila tinggalkan komen anda untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, September 4, 2012

Gangnam Bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’? Betulkah?!



Salam...




Rasanya ramai dah tahu dan mungkin ada yang tengah demam dengan lagu Gangnam Style nih. Beberapa hari ini ada sistem pesanan ringkas (SMS) , Facebook dan twitter yang berlegar dengan kata-kata berikut;






Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah. Macam2 sekarang niehh !


Benarkah itu maksud gangnam style?


Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’


Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud “Saya Ingin Jadi Yahudi” ?


Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’.


Jadi, apakah Gangnam itu?


Technically, ‘Gangnam’ means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called ‘Gangnam-gu’.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea.





Seperti yang tertulis di Wikipedia :


Gangnam-gu is one of the 25 gu (local government districts) which make up the city ofSeoul, South Korea. It is one of the most affluent areas of Seoul and is located in the southeast of the city. It is served by Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line and the Sin Bundang Line.





Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat. Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut ‘abang’ atau ‘encik’ . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ‘ cara encik gangnam’.


Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”. Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam.


P/s: Apa pendapat korang???