Saturday, September 8, 2012

Biskut Coklat Chip Famous Amos

Ni lah hasil nya.. malam raya tadi buat.. so nak share ckit cara buatnya...





Bahan Di ayak :-

2 1/4 cawan tepun gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung
secubit garam (tak ayak pon boleh heehe)

Bahan-bahan lain :-

250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor( atau gula di kisar halus)
1/2sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip (boleh tambah, mengikut cita rasa sendiri)
100 gm sebarang kekacang ( ikut selera masing2)
50 gm kismis hitam (ikut cita rasadan di belah dua)

Cara membuatnya :-

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kemudian kacau hingga sebati dengan sudu atau tangan.
4. Masukkan coklat chip, cincangan kasar kacang dan kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang telah di sapu mentega atau di alas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga di uli menjadi bebola-bebola kecil dengan mengunakan tangan. susun di atas dulang pembakar.
7.PERHATIAN: Jarakkan adunan ini anggaran 1inci sebabbila proses pembakaran adunan akan mengembang dan meleper.
8. Bakar pada suhu 160C selamat 15-25 minit. Bergantung kepada size bebola adunan anda. Bakar mengunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan biskut dalam tray selama 5minit dan kemudian boleh lah di simpan dalm bekas kedap udara dan siap untuk di 'NGAP' hehehe


SELAMAT MENCUBA.Sila tinggalkan komen anda untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment