Friday, November 23, 2012

Menerima Jemputan Kahwin (Walimatul Urus) Tetapi SEdang Berpuasa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Kebetulan saya nak kongsi ckit.. perkara ni berlaku dengan saya hari ni. Sempena 10 Muharram (24/11/2012) sy sedang berpuasa sunat Asyura. Dan terlupa rupanya bekas rakan sekelas telah menjemput ke Majlis beliau pada hari ini juga.sedangkan sy sedang berpuasa. Oleh krn bingung, sbab 10 Muharram setahun sekali, pahala nya tu yg sy nk kejar sebenarnya..kebetulan plak kena mghadiri majlis kahwin yg wajib dtuntut.

jdi sy pon try arr Google pasal hukum2 soal masalah sy ni.. jd jom kita baca..




Memenuhi jemputan kenduri adalah dituntut oleh agama. Jika jemputan adalah kepada kenduri kahwin, hukum memenuhi jemputan itu adalah wajib kecuali jika ada keuzuran. Adapun kenduri-kenduri yang lain dari kenduri kahwin, hukum memenuhi jemputan kepadanya adalah sunat (yakni digalakkan dan diberi pahala oleh Allah).

Dalil tuntutan memenuhi jemputan kenduri (terutamanya kenduri kahwin) ialah sabda Nabi s.a.w.:
“Jika seseorang kamu dijemput kepada walimah (kenduri), maka hendaklah ia menghadirinya”.
-(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jika sedang berpuasa, mintalah keuzuran dari orang yang menjemput itu (untuk tidak menghadirinya) dan berdoalah untuknya dengan keberkatan dan keampunan Allah. Ini sebagaimana diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.:

“Jika seseorang dari kamu diajak kepada jamuan makanan (yakni kenduri) sedang ia berpuasa, hendaklah ia berkata: ‘Saya berpuasa’”.
- (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


Imam an-Nawawi menjelaskan:

Ucapan “Saya berpuasa” dapat difahami bahawa orang yang dijemput mengucapkannya kepada orang menjemputnya sebagai memohon keuzuran dan sebagai memaklumkan keadaannya (yang sedang berpuasa). Jika orang yang menjemputnya memberi kelonggaran kepadanya dan tidak menuntutnya hadir, gugurlah kewajipan hadir itu darinya. Namun jika ia tidak memberi kelonggaran dan tetap menuntut kehadirannya, wajiblah ia menghadirinya. Puasa tidak boleh menjadi alasan untuk tidak memenuhi jemputan kenduri. Namun demikian, apabila ia menghadirinya, tidaklah dituntut ia makan kerana puasa menjadi keuzuran baginya untuk meninggalkan makan….”.
[1] (Syarah Soheh Muslim, juz. 8, Kitab as-Siyam, bab as-Shaim Du’iya Li Tha’amin…)

Adapun berdoa untuknya, maka ia berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Jika seseorang dari kamu diajak kepada suatu jamuan kenduri, hendaklah ia memenuhinya. Jika ia berpuasa, hendaklah ia mendoakannya dan jika ia tidak berpuasa, hendaklah makan”.
- (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).


Manakah yang lebih afdhal - meneruskan puasa atau berbuka?

Jawapannya: Jika ia berpuasa wajib (sama ada puasa qadha’ Ramadhan, puasa nazar atau puasa kifarat), haram ia berbuka sama sekali. Jika ia berpuasa sunat, hendaklah dilihat; jika ia merasakan dengan meneruskan puasa tidak mengecilkan hati tuan kenduri (yakni orang yang menjemputnya), maka sunat ia meneruskan puasa. Namun jika ia merasakan tuan kenduri akan berkecil hati jika tidak menjamah kendurinya, maka sunatlah ia berbuka.

Orang yang berpuasa sunat, harus baginya untuk membatalkan puasanya pada bila-bila masa. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan:
“Rasulullah s.a.w. datang kepadaku pada suatu hari, lalu ia bertanya: ‘Adakah kamu sekelian memiliki sesuatu (untuk dimakan)?’. Kami (yakni isteri-isteri baginda) menjawab: ‘Tidak ada”. Baginda berkata: ‘Oleh demikian, aku akan berpuasa’. Kemudian baginda datang lagi kepada kami pada hari yang lain. Lalu kami berkata kepadanya; ‘Ya Rasulullah! Kita telah dihadiahkan haisun (sejenis makanan campuran buah tamar dengan lemak dan susu kering)’. Maka baginda berkata: ‘Tunjukkan kepadaku. Sesungguhnya aku pagi ini berpuasa’, kemudian baginda makan makanan tersebut”.
- (Riwayat Imam Muslim)

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Orang yang berpuasa sunat adalah pemimpin dirinya. Kalau dia mahu, dia boleh meneruskan puasanya dan jika dia mahu, dia boleh berbuka”.
-(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi, Hakim, an-Nasai dan Abu Daud dari Ummu Hani r.a.)[2]

Namun demikian, membatalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang desakan atau keuzuran, hukumnya adalah makruh. Dan puasa sunat yang telah dimulai kemudian dibatalkan (samada dengan sengaja atau tidak), sunat digantikan semula pada hari yang lain.

Wallahu A’lam.


No comments:

Post a Comment